Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan

 

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) merupakan satu tempat yang melaksanakan inisiatif-inisiatif RTC secara bersepadu yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4). Kesemua inisiatif ini akan dilaksanakan di RTC dan kawasan 100km radius daripada RTC. Di bawah pelaksanaan program-program di RTC, sebanyak 8 inisiatif telah dikenalpasti, iaitu:

Inisiatif 1 – Latihan Kemahiran Kepada Penduduk Luar Bandar
Inisiatif 2 – Penubuhan Kios Informasi 1Malaysia
Inisiatif 3 – Pertanian Bernilai Tinggi
Inisiatif 4 – Pemprosesan Produk Agro-Makanan
Inisiatif 5 – Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil Pertanian
Inisiatif 6 – Kerjasama Universiti
Inisiatif 7 – Perkhidmatan Keselamatan Makanan dan Farmaseutikal
Inisiatif 8 – Kemudahan Pembiayaan Kewangan Kepada Penduduk Luar Bandar

 

Pelaksanaan kelapan-lapan inisiatif ini diterajui oleh pelbagai Kementerian di samping kerjasama dan sokongan daripada lain-lain Kementerian berkaitan. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan Inisiatif 4, iaitu pemprosesan produk agro-makanan, pengusaha-pengusaha produk industri asas tani dibantu dalam pembangunan produk mereka melalui penjenamaan, pelabelan, pembungkusan dan persijilan dengan bantuan pelbagai agensi, antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), MARDI dan Jabatan Kesihatan.

Inisiatif 1 : Latihan Kemahiran

KKLW membantu penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang latihan secara berterusan kepada masyarakat luar bandar di pusat-pusat RTC dan kawasan sekitar bertujuan menambah pengetahuan, kemahiran dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan dan taraf hidup.

Antara jenis-jenis latihan yang ditawarkan adalah seperti:

  • Keusahawanan
  • Motivasi Keusahawanan
  • Pembungkusan dan Penjenamaan
  • Persembahan Produk
  • Pengurusan Makanan Ternakan
  • Teknik Tertigasi
  • Kemahiran Baikpulih Penghawa Dingin
  • Kemahiran Teknologi Kimpalan

Inisiatif 2 : Kios Informasi 1Malaysia

Kios Informasi 1Malaysia merupakan pusat maklumat setempat yang menggabungkan informasi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai kementerian/agensi kerajaan. Terdapat 5 kios informasi yang ditempatkan di RTC dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:

Kiosk KKLW - Memberi maklumat Infodesa dan agensi-agensi KKLW.

Kiosk Jobs Malaysia - Menawarkan perkhidmatan peluang pekerjaan dan peluang majikan mendapatkan pekerja.

Kiosk Pusat Pembangunan Perniagaan Agri-Makanan - Membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat pembangunan komuniti perniagaan makanan pertanian.

Kiosk KPDNKK - Pengguna boleh berbincang menerusi forum interaktif isu-isu kepenggunaan. Misalnya forum harga semasa Pricewatch dan perkhidmatan aplikasi SMS pengguna.

Kiosk MyEG – Mendapatkan pelbagai maklumat agensi awam.

 

Pelawat

Hari ini 315

Semalam 205

Mingguan 315

Bulanan 3985

Jumlah Pelawat 681677

INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Kod QrT: +603-87352400
F: +603-89265901
E: info@infra.gov.my

W3c Setting / Tetapan W3c
Select Color Theme / Pilih Warna Tema
Green Dark_Green Oranges Yellow
Font-size / Saiz Tulisan
Font-family / Jenis Tulisan

Background Image / Imej Latar
Language / Bahasa
English   Bahasa  Bahasa
Scroll to top