Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan

 
Pengarah INFRA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera,

Salam 1Malaysia.

S
elamat datang ke laman web rasmi Institut Kemajuan Desa atau INFRA (Institute for Rural Advancement). Laman web ini ialah gerbang maklumat mengenai peranan INFRA dan perkhidmatan yang disediakan untuk kumpulan sasar yang terdiri dari pemimpin institusi desa, golongan belia luar bandar, agen pengembangan dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pembangunan luar bandar di Malaysia dan dari luar negara.

INFRA yang ditubuhkan pada tahun 1996 ialah sebuah pusat latihan utama bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang menyediakan latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan kepada kumpulan sasarnya. Latihan yang disediakan adalah untuk memperkasa kepimpinan desa, petugas dan agen pengembangan luar bandar yang akhirnya akan dapat mengurus pembangunan kampung dan komunitinya.Ianya selaras dengan matlamat penubuhan INFRA untuk menjadi peneraju program-program pembangunan sumber manusia luar bandar yang menjadi fokus utama Transformasi Kedua Luar Bandar. INFRA juga berperanan untuk menghasilkan penyelidikan dan kajian berkaitan isu-isu luar bandar untuk menambah baik kaedah dan pendekatan dalam membangunkan luar bandar dan pengurusan masyarakatnya.

Bermula pada tahun 1998, INFRA telah memulakan program latihan kepada pegawai-pegawai dari negara-negara sedang membangun mengggunakan pendekatan perkongsian pengalaman dalam aspek pembasmian kemiskinan. Melalui pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti  African-Asian Rural Development Organisation (AARDO), Centre onIntegrated Rural Development for Asia and the Pacific (CIRDAP), Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Sekretariat Komanwel (COMSEC), program latihan kepada pegawai-pegawai dari luar negara yang menganggotai pertubuhan-pertubuhan tersebut telah dilaksanakan oleh INFRA di Malaysia.

INFRA juga telah dilantik menjadi pelaksana latihan (training provider) bagi Program Kerjasama Teknikal Malaysia kepada negara-negara sedang membangun yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kerjasama Selatan-Selatan.

INFRA juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti asrama, dewan serbaguna, auditorium, bilik kuliah, makmal komputer dan kemudahan riadah, surau dan kemudahan kursus menjadikan sebuah pusat latihan serba lengkap dan kondusif.

Harapan saya, laman web ini dapat meningkatkan penyampaian maklumat kepada pelanggan dengan lebih meluas dan menjalinkan rangkaian kerjasama di dalam negara mahupun peringkat global.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Dato' Rubiyah Abd. Rahman
Pengarah INFRA

Pelawat

Hari ini 36

Semalam 72

Mingguan 198

Bulanan 3609

Jumlah Pelawat 573311

INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Kod QrT: +603-87352400
F: +603-89265901
E: info@infra.gov.my

W3c Setting / Tetapan W3c
Select Color Theme / Pilih Warna Tema
Green Dark_Green Oranges Yellow
Font-size / Saiz Tulisan
Font-family / Jenis Tulisan

Background Image / Imej Latar
Language / Bahasa
English   Bahasa  Bahasa
Scroll to top