Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan

 

Anugerah Ilham Desa (AID) adalah program tahunan yang dilaksanakan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.  Semenjak tahun 2000,  ianya mula dilaksanakan melalui Pertandingan Idea Bernas yang melibatkan pertandingan projek-projek yang diilham dan dilaksanakan oleh masyarakat desa daripada kampung-kampung yang mempunyai JKKK/JKKKP. 

Program AID dilaksanakan dalam dua (2) peringkat iaitu Peringkat Zon dan Peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan secara berselang tahun. Pemenang Peringkat Zon akan mewakili Zon ke Peringkat Kebangsaan. Pembahagian negeri mengikut zon adalah seperti berikut :-

  1. Zon Utara:  Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak;
  2. Zon Tengah / Selatan:  Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor;
  3. Zon Timur :  Pahang, Terengganu dan Kelantan;
  4. Zon Sabah:  Sabah, WP Labuan;
  5. Zon Sarawak: Sarawak

 

OBJEKTIF

  1. Mengetengahkan ilham dan inovasi penduduk kampung dalam menghasilkan projek sosio-ekonomi;
  2. Meningkatkan pendapatan penduduk dan menjadi pemangkin kepada kemajuan kampung;
  3. Menyemarakkan aktiviti sosio-ekonomi kampung ke arah pengupayaan warga desa;
  4. Menggalakkan penyertaan golongan belia desa untuk mengetengahkan projek yang mempunyai inovasi dan kreativiti; dan
  5. Menyediakan forum perkongsian pengalaman dan meningkatkan kemahiran penggunaan ICT.

 

Tema AID

 

KomunitiKreatif DesaInovatif

 

Kategori penyertaan AID

  1. Projek Ilham Desa (Individu @ Kelompok)
    Projek yang telah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) tahun
  2. Inovasi Belia (Individu @ Kelompok)
    Idea yang diterjemah dalam bentuk model @ prototaip dan boleh diuji

 

Pelawat

Hari ini 245

Semalam 252

Mingguan 1194

Bulanan 4812

Jumlah Pelawat 603448

INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Kod QrT: +603-87352400
F: +603-89265901
E: info@infra.gov.my

W3c Setting / Tetapan W3c
Select Color Theme / Pilih Warna Tema
Green Dark_Green Oranges Yellow
Font-size / Saiz Tulisan
Font-family / Jenis Tulisan

Background Image / Imej Latar
Language / Bahasa
English   Bahasa  Bahasa
Scroll to top