Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan

 

Mesyuarat Penyelarasan dan Pembangunan Daerah (MPPD) mula dilaksanakan dari tahun 2007 dengan nama Seminar Pembangunan Daerah. Pada tahun 2011, mesyuarat ini ditukar nama kepada Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah dan dilaksanakan sebanyak dua (2) kali pada tahun 2012. Pada tahun 2014, ianya dikenali sebagai Persidangan Pegawai-pegawai Daerah.

Program tahunan yang dianjurkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai pelaksanaan program pembangunan untuk masyarakat luar bandar oleh KKLW bagi tahun semasa. Mesyuarat ini juga merupakan medium utama untuk membincangkan isu semasa dan pemasalahan pelaksanaan program pembangunan luar bandar di samping dapat meningkatkan jalinan kerjasama di antara KKLW, Pejabat SUK, Pejabat Daerah dan Residen seluruh Negara.

Mesyuarat kali ke-9 ini telah menghimpunkan semua pentadbir di peringkat negeri dan daerah iaitu wakil-wakil di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Setiausaha Tetap (SUT) Sabah dan Sarawak, Pegawai Daerah dan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta Ketua-ketua atau wakil agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Mesyuarat ini juga menggabungkan panel professional dalam bidang berkaitan yang dijemput khas bagi membincangkan fungsi dan peranan seorang Pegawai Daerah dalam dua (2) sesi yang berasingan serta diterajui oleh seorang moderator yang berkaliber.

Pelawat

Hari ini 245

Semalam 252

Mingguan 1194

Bulanan 4812

Jumlah Pelawat 603448

INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Kod QrT: +603-87352400
F: +603-89265901
E: info@infra.gov.my

W3c Setting / Tetapan W3c
Select Color Theme / Pilih Warna Tema
Green Dark_Green Oranges Yellow
Font-size / Saiz Tulisan
Font-family / Jenis Tulisan

Background Image / Imej Latar
Language / Bahasa
English   Bahasa  Bahasa
Scroll to top