Contact Us | FAQ | Links

 

NBOS merujuk kepada National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Blue Ocean Strategy, yang diilhamkan oleh Profesor W. Chan Kim dan Profesor Renée Mauborgne, membekalkan satu cara yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah. Pendekatan baru ini telah diambil oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak untuk diadaptasi dan dilaksanakan oleh kerajaan.

Melalui NBOS, lebih 80 kementerian dan agensi berkolaborasi dalam merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Strategi Lautan Biru yang kreatif dan bersifat transformatif kepada negara. Sebagai contoh, prasarana luar bandar dibina dengan lebih pantas, sukarelawan belia digerakkan untuk usaha-usaha pembangunan bangsa dan negara dan masyarakat bandar serta luar bandar mendapat manfaat daripada akses yang lebih luas kepada peluang ekonomi, sosial dan pendidikan.

NBOS kini merupakan titik fokus kepada usaha-usaha transformasi kerajaan dan berfungsi sebagai tunjang integrasi dan sintesis program-program lain seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Kejayaan NBOS membantu merangsang pertumbuhan yang pesat dan mampan di Malaysia serta mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan harmoni.

Number of Visitors

Today 143

Yesterday 315

Week 994

Month 3828

All 708741

INSTITUTE FOR RURAL ADVANCEMENT (INFRA)
Ministry Of Rural and Regional Development (KKLW)
Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Kod QrT: +603-87352400
F: +603-89265901
E: info@infra.gov.my

W3c Setting / Tetapan W3c
Select Color Theme / Pilih Warna Tema
Green Dark_Green Oranges Yellow
Font-size / Saiz Tulisan
Font-family / Jenis Tulisan

Background Image / Imej Latar
Language / Bahasa
English   Bahasa  Bahasa
Scroll to top