Contact Us | FAQ | Links

 

Sektor Latihan bertanggungjawab melaksanakan program-program latihan bagi mencapai visi, misi, dan objektif INFRA. Aktiviti utamanya ialah melaksanakan program-program latihan bagi memperkasakan pemimpin akar umbi, meningkatkan profesionalisme personel dan tenaga pengajar serta mewujudkan jalinan kerjasama dalam bidang latihan peringkat tempatan dan antarabangsa.

Sektor ini terbahagi kepada lima (5) bahagian di bawahnya iaitu:

  • Bahagian Pengurusan Desa dan Komuniti

    Fungsi 

    • Merancang, menyelaras dan melaksana program latihan (bengkel, kursus, seminar dan konvensyen) yang berkualiti bagi memenuhi keperluan masyarakat desa;
    • Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus-kursus kepada pemimpin peringkat akar umbi dan pemimpin pelapis desa;
    • Memupuk semangat kesukarelawan di kalangan pemimpin akar umbi supaya dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat desa;
    • Mencungkil inovasi di peringkat desa agar lebih berdaya maju dan berdaya saing di peringkat lebih tinggi; dan
    • Membudayakan penggunaan teknologi sebagai medium pemasaran produk-produk luar bandar.

  • Bahagian Pembangunan Kemahiran

    Fungsi 

    • Merancang, mengurus dan melaksanakan program pembangunan latihan dan menyediakan jurulatih, pegawai penilai, tenaga pengajar terlatih dari kalangan pegawai INFRA, jabatan dan agensi KKLW untuk mengendalikan latihan/kursus kepada kumpulan sasar; dan
    • Merancang, mengurus dan melaksanakan kursus di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia serta kursus-kursus kemahiran dalam bidang teknologi maklumat, pengurusan institusi masjid, kepimpinan kepada belia dan pelancongan desa kepada golongan masyarakat termasuk pemimpin/pemimpin pelapis institusi desa, pengusaha industri pelancongan desa (homestay) dan belia.

  • Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

    Fungsi

    i. Cawangan Penyelidikan

    • Mengetuai pelaksanaan projek penyelidikan INFRA bagi mengkaji keberkesanan program INFRA dan bidang kajian lain yang diarahkan;
    • Menilai impak pelaksanaan program berkaitan pembangunan latihan kepada masyarakat luar bandar;
    • Melaksanakan peranan focal point kajian KKLW dan agensi/jabatan di bawahnya;
    • Menulis hasil penemuan penyelidikan untuk kegunaan jabatan dan tujuan perancangan;
    • Merangka program penyelidikan yang perlu dilaksanakan;
    • Membimbing dan menerajui projek penilaian outcome untuk program pembangunan INFRA;
    • Menentukan objektif, skop, kaedah/metodologi kajian dan penilaian outcome serta membangunkan instrumen kajian dan lain-lain gerak kerja penyelidikan dan penilaian berkaitan;
    • Memasukkan data kajian dan menganalisis data dengan perisian SPSS;
    • Menyediakan laporan kajian dan membentangkan hasil kajian; dan
    • Mengemaskini data penilaian outcome pembangunan di dalam SPPII.

    ii. Cawangan Perancangan

    • Merancang pembangunan program INFRA mengikut keperluan jabatan;
    • Menyedia dan menyelaras data pencapaian program INFRA;
    • Menyelaras penyediaan permohonan bajet pembangunan;
    • Membangunkan modul latihan dan penambahbaikan modul mengikut keperluan jabatan;
    • Merancang dan melaksanakan aktiviti perkongsian ilmu dengan penglibatan ahli-ahli akademik, ilmuan dan tokoh kepimpinan;
        • i. Kursus-Kursus Penyelidikan dan Perancangan
          ii. Syarahan Perdana
          iii. Bengkel/Wacana
          iv. Artikel Penyelidikan
    • Menyediakan laporan KPI program INFRA untuk Pelan Strategik KKLW;
    • Menyediakan laporan program/kursus anjuran Cawangan Perancangan dan Ringkasan Hasil Penemuan Kajian; dan
    • Menjalankan tugas urus setia aktiviti/mesyuarat perbincangan:

  • Bahagian Hubungan Antarabangsa

    Fungsi

    • Mengendalikan program latihan dan lawatan peringkat antarabangsa dalam bidang pembasmian kemiskinan, pembangunan luar bandar dan tadbir urus luar bandar.
    • Menjalin hubungan kerjasama antara penyedia latihan, badan serta organisasi pembangunan luar bandar di peringkat antarabangsa.

Program-program latihan dilaksanakan kepada pemimpin-pemimpin institusi komuniti desa yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Ketua Kampung, Pegawai Pengembangan Agensi, Pemimpin Badan Bukan Kerajaan dan Pegawai Teknikal Daerah. Matlamatnya ialah untuk melahirkan masyarakat desa yang cemerlang berteraskan elemen perancangan dengan penyertaan dari bawah ke atas yang menjadi tunjang kepada Gerakan Daya Wawasan (GDW).

 

Tarikh Kemaskini : 21 Jun 2016

Number of Visitors

Today 238

Yesterday 221

Week 238

Month 5376

All 731672

INSTITUTE FOR RURAL ADVANCEMENT (INFRA)
Ministry Of Rural and Regional Development (KKLW)
Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Kod QrT: +603-87352400
F: +603-89265901
E: info@infra.gov.my

W3c Setting / Tetapan W3c
Select Color Theme / Pilih Warna Tema
Green Dark_Green Oranges Yellow
Font-size / Saiz Tulisan
Font-family / Jenis Tulisan

Background Image / Imej Latar
Language / Bahasa
English   Bahasa  Bahasa
Scroll to top