PENGENALAN

 

 

PROGRAM PENGALAMAN HOMESTAY MALAYSIA

 

Pelancongan inap desa adalah salah satu aktiviti di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1995 di Temerloh, Pahang.

 

Homestay perlulah berada di kawasan luar bandar yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil secara berkelompok, sejajar dan berselerak seperti kampung tradisional, kampung FELDA, kampung FELCRA, kampung orang asli, penempatan ladang dan kampung-kampung baru di bawah kepimpinan pengurusan masing-masing serta digalakkan juga mempunyai asas ekonomi desa berasaskan kepada aktiviti pertanian, industri desa dan produk semulajadi.  Antara syarat pendaftaran homestay yang hendak didaftarkan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), perlulah melalui pemeriksaan rumah oleh Panel Pemeriksa (Jabatan Kesihatan, Tourism Malaysia (Pelancongan Negeri), Jawatankuasa keselamatan dan MPKK serta Persatuan Homestay Negeri) serta wajib menghadiri Kursus Asas Homestay anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau MOTAC Negeri. 

 

Program homestay mempunyai aktiviti sosial budaya desa termasuk organisasi/jawatankuasa desa, institusi kekeluargaan, aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan kerana homestay merupakan satu bentuk pengalaman yang menetapkan pelancong tinggal bersama keluarga pengusaha homestay. Para pelancong berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka.  Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah kepada lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman.

 

Sehubungan dengan itu, INFRA juga menawarkan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Homestay sejak tahun 2010 bagi Program SKM Operasi Homestay Tahap 2 dan SKM Penyeliaan Dan Koordinasi Homestay Tahap 3 bagi penambahan ilmu dan pengetahuan dalam pengurusan serta mempromosikan homestay sedia ada. Kursus ini ditawarkan kepada pengusaha dan penyelaras homestay serta individu-individu yang berminat.

 

 

PROGRAM LATIHAN PENGURUSAN HOMESTAY

 

Institut Kemajuan Desa (INFRA) menawarkan tiga kursus secara teori dan amali kepada pengusaha industri pelancongan Homestay iaitu :

 

 

i.     Kursus Asas Homestay

 

a)   Objektif :

-      Memberikan pendedahan dan pengetahuan sektor pelancongan desa bagi menjadikan kawasan luar bandar sebagai destinasi pelancongan yang menarik

-      Memberi pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan dalam bidang pelancongan luar bandar.

-      Memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan sektor pelancongan luar bandar sebagai aktiviti yang boleh memberi penambahan sumber pendapatan.

-      Memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran bagi menggalakkan pengindahan alam sekitar serta mengekalkan budaya masyarakat luar bandar.

 

b)   Kumpulan Sasar :

Peserta adalah daripada bakal pengusaha dan penyelaras yang berminat untuk mengusahakan Homestay.

 

c)   Tempoh/Lokasi :

3 hari 2 malam di Homestay yang berdaftar di bawah MOTAC

 

 

 

 

 

ii.     Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Homestay Tahap 2

 

a)   Objektif :

-      Mewujudkan usahawan Homestay yang berdikari dan mampu bergiat aktif dalam membangunkan luar bandar.

-      Meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan perusahaan Homestay yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

 

b)   Kumpulan Sasar :

-      Pemilihan pelatih dilaksanakan melalui cadangan calon dari Agensi KPLB, Pejabat Pelancongan, Persatuan Homestay, Pejabat Daerah, Persatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia seterusnya penilaian dan tapisan di lakukan oleh INFRA yang mengambilkira pra-syarat di dalam NOSS.

-      Permohonan dari individu yang berminat.

 

c)   Syarat Kemasukan Pelatih :

-      Berumur di antara 18 hingga 55 tahun.

-      Boleh membaca, menulis dan mengira serta sihat tubuh badan.

(Pembayaran Medical Checkup ditanggung sendiri oleh bakal pelatih SKM Homestay yang memohon)

 

d)   Tempoh/Lokasi :

5 bulan/600 jam kredit pembelajaran di INFRA.

 

e)   Kemudahan :

-      Pelatih akan menerima elaun bulanan (jika hadir penuh sesi kuliah).

-      Tiada sebarang yuran pengajian yang dikenakan kepada pelatih SKM sepanjang tempoh pengajian.

-      Penginapan, makan minum, latihan amali dan makmal komputer ditanggung sepenuhnya oleh pihak INFRA.


 

iii.     Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyeliaan dan Koordinasi Homestay Tahap 3

 

a)   Objektif :

-      Meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan penyelaras Homestay.

-      Melengkapkan kemahiran dalam membuat promosi dan pemasaran Homestay.

-      Mengukuhkan kemahiran dalam rangkaian perniagaan.

 

b)   Kumpulan Sasar :

-      Penyelaras, pengusaha Homestay atau waris yang telah tamat dan memiliki sijil bagi Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM): Operasi Homestay Tahap 2.

-      Bakal pengusaha Homestay yang berminat dan telah tamat dan memiliki sijil bagi Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM): Operasi Homestay Tahap 2.

 

c)   Syarat Kemasukan Pelatih :

-      Berumur di antara 18 hingga 55 tahun.

-      Boleh membaca, menulis dan mengira serta sihat tubuh badan.

(Pembayaran Medical Checkup ditanggung sendiri oleh bakal pelatih SKM Homestay yang memohon)

 

d)   Tempoh/Lokasi :

5 bulan/600 jam kredit pembelajaran di INFRA.

 

e)   Kemudahan :

-      Pelatih akan menerima elaun bulanan (jika hadir penuh sesi kuliah).

-      Tiada sebarang yuran pengajian yang dikenakan kepada pelatih SKM sepanjang tempoh pengajian.

-      Penginapan, makan minum, latihan amali dan makmal komputer ditanggung sepenuhnya oleh pihak INFRA.

 

Number of Visitors

Today 193

Yesterday 250

Week 1007

Month 5634

All 773530

INSTITUTE FOR RURAL ADVANCEMENT (INFRA)
Ministry Of Rural and Regional Development (KKLW)
Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Kod QrT: +603-87352400
F: +603-89265901
E: info@infra.gov.my

W3c Setting / Tetapan W3c
Select Color Theme / Pilih Warna Tema
Green Dark_Green Oranges Yellow
Font-size / Saiz Tulisan
Font-family / Jenis Tulisan

Background Image / Imej Latar
Language / Bahasa
English   Bahasa  Bahasa
Scroll to top