SYARAT-SYARAT UMUM

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai projek yang dilaksanakan di luar bandar berdasarkan kaedah/penemuan baru, berinovasi dan mengetengahkan kreativiti tersendiri
  2. Projek yang dilaksanakan mestilah projek yang mampu memberi manfaat dan menjana ekonomi penduduk setempat di luar bandar
  3. Penyertaan adalah mengikut tiga (2) kategori iaitu:-
    • Projek Ilham Desa (Individu@Kelompok)
    • Inovasi Belia (Individu@Kelompok)
  4. Projek bagi kategori Projek Ilham Desa mestilah telah dilaksanakan sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih
  5. Projek bagi kategori inovasi belia pula boleh dalam bentuk idea yang telah diterjemahkan melalui model atau prototaip yang boleh diuji dan dibuktikan
  6. Penyertaan projek mestilah mewakili kampung dan penyertaan dibuat melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) atau Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP)
  7. Projek yang pernah menyertai Anugerah Ilham Desa sejak tahun 2000 hingga 2013 BOLEH menyertai semula samada mengemukakan projek yang sama atau projek baru KECUALI projek yang telah memenangi Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan
  8. Borang penyertaan boleh didapati sama ada melalui agensi – agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar dan Wilayah (KKLW) atau melalui halaman portal INFRA untuk penyertaan secara talian (e-borang)
  9. Penyertaan yang diterima akan dibuat tapisan awal dan disahkan penyertaannya
  10. Tempoh penghantaran borang penyertaan bermula pada bulan 14 April sehingga 31 Ogos 2014
  11. INFRA berhak menggunakan nama/ gambar/ maklumat asas projek yang menyertai AID bagi tujuan periklanan, atau publisiti AID tanpa sebarang pemberitahuan. Pemilik projek yang menyertai AID tidak layak menuntut pemilikan atau apa-apa bentuk pampasan atas penggunaan tersebut.
  12. Keputusan Jawatankuasa adalah muktamad

PENILAIAN

  1. Penilaian projek akan dibuat melalui lawatan penilaian oleh Panel Inspektorat mengikut jadual yang akan ditentukan terhadap projek-projek yang melepasi tapisan
  2. Sesi taklimat dan penerangan kepada panel penilai mestilah dibuat mengikut format yang disediakan. Bahan pembentangan perlu disedia menggunakan perisian Powerpoint
  3. Projek akan dinilai oleh panel penilai sepenuhnya (100% markah)
  4. Projek yang terlibat akan dinilai mengikut 5 Zon yang ditetapkan

HADIAH

  1. Pemenang bagi setiap kategori akan mendapat hadiah wang tunai mengikut kadar yang ditetapkan bagi setiap zon
  2. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada projek yang mendapat  markah 80 dan ke atas iaitu Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan saguhati mengikut zon
  3. Johan setiap zon dan projek yang mendapat  markah 85 ke atas akan layak menyertai AID Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 
  4. INFRA berhak menukar kadar hadiah dan syarat penyertaan (Peringkat Zon atau Kebangsaan) sekiranya berlaku perubahan, keputusan pihak pengurusan KKLW atau peraturan yang berkuatkuasa
Attachments:
Download this file (BORANG PENYERTAAN AID Zon 2014.pdf)Borang Penyertaan AID zon 2014[ ]145 kB
Download this file (Profil_Projek.pdf)Profil Projek[ ]7 kB

Number of Visitors

Today 190

Yesterday 250

Week 1004

Month 5631

All 773527

INSTITUTE FOR RURAL ADVANCEMENT (INFRA)
Ministry Of Rural and Regional Development (KKLW)
Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Kod QrT: +603-87352400
F: +603-89265901
E: info@infra.gov.my

W3c Setting / Tetapan W3c
Select Color Theme / Pilih Warna Tema
Green Dark_Green Oranges Yellow
Font-size / Saiz Tulisan
Font-family / Jenis Tulisan

Background Image / Imej Latar
Language / Bahasa
English   Bahasa  Bahasa
Scroll to top