Sektor Khidmat Pengurusan (SKP) merupakan bahagian yang bertanggungjawab memberi khidmat sokongan pengurusan dan operasi kepada keseluruhan INFRA. Bersesuaian dengan bidang tanggungjawabnya, peranan SKP juga amat penting dalam menentukan keberkesanan pelaksanaan fungsi utama institut latihan ini. Operasi SKP dilaksanakan melalui lapan (8) cawangan di bawahnya seperti berikut:

 

  • Cawangan Pengurusan Maklumat

    Fungsi 

    • Menyedia khidmat sokongan teknikal dan rundingan kepada semua perkakasan dan perisian sama ada untuk kegunaan latihan atau operasi pentadbiran;
    • Merancang dan mengurus perkara berkaitan perolehan perkakasan dan perisian komputer;
    • Merancang dan membangunkan sistem-sistem semasa;
    • Menyelenggara operasi secara keseluruhan bagi perkakasan, perisian dan rangkaian;
    • Merancang, melaksana dan memastikan langkah-langkah keselamatan kemudahan IT;
    • Mengurus dan mengemaskini back-up data; dan
    • Mengurus dan menyelenggara makmal computer.

  • Cawangan Perpustakaan dan Arkib

    Fungsi

    • Membangunkan, mendokumentasi dan menyelenggara bahan-bahan Perpustakaan dan Arkib;
    • Menyediakan sumber rujukan berkaitan latihan dan penyelidikan luar bandar;
    • Menyediakan dan menyimpan koleksi bahan rujukan berkaitan pembangunan luar bandar dan pendidikan non-formal;
    • Memberi perkhidmatan sirkulasi, rujukan dan kesedaran semasa; dan
    • Mengendali kempen galakan membaca dan aktiviti pameran.

  • Cawangan Pentadbiran

    Fungsi

    i. Pentadbiran Am dan Rekod

    • Pelaksanaan arahan-arahan, dasar, dan pekeliling Kerajaan yang berkuat kuasa dan memantau pematuhan pelaksanaan;
    • Pengurusan kemudahan, logistik dan kenderaan jabatan;
    • Pengurusan dokumen dan rekod; dan
    • Pengurusan keselamatan (fizikal dan dokumen) jabatan.

    ii.Domestik dan Asrama

    • Tempahan kemudahan (dewan, asrama, kemudahan latihan dan sukan); dan
    • Menguruskan keperluan logistik dan domestik asrama termasuk kebersihan dan sajian makanan.

  • Cawangan Pengurusan Sumber Manusia

    Fungsi 

    • Merancang keperluan umum sumber manusia dalam aspek perjawatan, urusan perkhidmatan, penempatan dan pertukaran pegawai, pembangunan kerjaya, pembangunan organisasi dan peperiksaan;
    • Merancang dan melaksanan program pembangunan personel seperti latihan/kursus pra perkhidmatan, latihan dalam perkhidmatan, seminar/persidangan, lawatan sambil belajar, kenaikan pangkat, dan peperiksaan jabatan;
    • Menyelaras urusan pengesahan jawatan, kemasukan dalam jawatan berpencen, persaraan, memangku, tanggung kerja, mengurus cuti bergaji penuh/separuh gaji, cuti tanpa gaji serta urusan pra dan pasca persaraan;
    • Menyimpan dan mengemaskini rekod sumber manusia;
    • Mengurus selia hal-hal berkaitan peperiksaan;
    • Menyelia urusan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT);
    • Menguruskan kes-kes disiplin dan tatatertib;
    • Memastikan pengisytiharan harta dilaksanakan mengikut dasar yang berkuat kuasa; dan
    • Menyelaras dan memastikan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja dikemaskini.

  • Cawangan Kewangan, Belanjawan dan Akaun

    Fungsi 

    i. Kewangan

    • Urusan pembayaran tuntutan bil pembangunan dan mengurus;
    • Urusan tuntutan elaun perjalanan;
    • Urusan tempahan perjalanan udara rasmi personel;
    • Pemantauan ke atas penyaluran peruntukan (Waran);
    • Penyata penyesuaian kewangan;
    • Pengurusan pembayaran elaun peserta kursus; dan
    • Penyelarasan laporan/teguran audit.

    ii. Belanjawan

    • Mengendali urusan penyelarasan dan penyemakan permohonan Belanjawan Pembangunan, Mengurus, Sekalian (One-Off) dan Dasar Baru;
    • Menyelaras urusan peruntukan tambahan belanja Mengurus dan Pembangunan;
    • Urusan elaun tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa; dan
    • Menyelaras pengemaskinian maklumat Sistem Pemantauan Projek (SPP II).

    iii. Akaun

    • Menyemak laporan perbelanjaan bulanan dan suku tahun bagi peruntukan belanja Mengurus dan Pembangunan;
    • Pengurusan buku vot belanja Mengurus dan Pembangunan;
    • Pengawalan Akaun Amanah dan Hasil; dan
    • Penyediaan laporan mingguan bagi perbelanjaan peruntukan belanja Mengurus dan Pembangunan.

  • Cawangan Pengurusan Perolehan

    Fungsi 

    • Mengurus dan melaksanakan tugas hakiki perolehan dalam bidang perkhidmatan, bekalan dan kerja-kerja menggunakan kaedah sebut harga, pembelian terus dan pengurusan kontrak;
    • Mengurus dan memantau pelaksanaan perolehan secara atas talian iaitu ePerolehan dan eBidding;
    • Mengurus, menyelaras dan mengemaskini laporan melalui Government Procurement Information System (GPIS);
    • Menyelaras dan menyediakan laporan perolehan jabatan; dan
    • Urus Setia Jawatankuasa Sebut Harga INFRA.

  • Cawangan Pembangunan

    Fungsi 

    • Mengurus dan menyelaras pelaksanaan projek fizikal INFRA;
    • Melaksana urusan penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan dan fasiliti INFRA;
    • Merancang, menyedia dan mengurus ruang pejabat bagi kampus induk dan cawangan;
    • Menyedia kemudahan-kemudahan INFRA kepada agensi kerajaan, badan-badan berkanun; dan
    • Menyedia dan menyewakan kemudahan-kemudahan INFRA kepada Agensi swasta.

  • Cawangan Pengurusan Aset

    Fungsi 

    • Melaksanakan Pengurusan Aset Alih Kerajaan selaras dengan peraturan yang ditetapkan dalam 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) – Pengurusan Aset (KP);
    • Menyediakan laporan pengurusan aset INFRA bagi tujuan pembentangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Kementerian; 

 

Tarikh Kemaskini : 21 Jun 2016

Number of Visitors

Today 7

Yesterday 139

Week 1123

Month 3328

All 748803

INSTITUTE FOR RURAL ADVANCEMENT (INFRA)
Ministry Of Rural and Regional Development (KKLW)
Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Kod QrT: +603-87352400
F: +603-89265901
E: info@infra.gov.my

W3c Setting / Tetapan W3c
Select Color Theme / Pilih Warna Tema
Green Dark_Green Oranges Yellow
Font-size / Saiz Tulisan
Font-family / Jenis Tulisan

Background Image / Imej Latar
Language / Bahasa
English   Bahasa  Bahasa
Scroll to top