BOOK SYNOPSIS BY LIBRARY AND ARCHIVES, INSTITUTE OF RURAL ADVANCEMENT
 |
TITLE: A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
AUTHOR: Tun Dr Mahathir Mohamad
ISBN : 978-967-5997-22-8
PUB. & YEAR: MPH Group Publishing Sdn. Bhd./2011 |
|
SYNOPSIS
Buku ini akan membawa pembaca menyusuri perjalanan hidup Tun yang hanya diketahui segelintir orang luar selain anggota keluarganya. Diceritakan bagaimana beliau mengharungi zaman kanak-kanak, termasuk perjuangan Malaya, zaman cengkaman penjajahan British, perang dunia kedua dan kemerdekaan serta kehidupannya sehingga berjaya menjadi seorang doktor.
Buku ini turut memuatkan perjalanan hidup bekas perdana menteri yang disampaikan secara jelas, spontan dan terdapat juga dalam gaya berjenaka sebagai menghayati kehidupan suka duka seorang tokoh bernama Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| |
|
 |
TITLE: Budaya Inovasi: Prasyarat Model Baru Ekonomi
AUTHOR: Zaini Ujang
ISBN: 978-983-52-0745-7
PUB. & YEAR: UTM Press/2010 |
|
SYNOPSIS
Buku ini adalah catatan mingguan terpilih yang penulis hasilkan bermula Oktober 2008 sehingga Mac 2010, ianya meliputi lima bahagian iaitu:
- Berpaksi inovasi tentang inisiatif menjadikan Model Baru Ekonomi (MBE) berasaskan kreativiti dan inovasi;
- Catatan di Harvard tentang pengamatan penulis semasa mengikuti AMP di Univerisiti Harvard tentang pelbagai isu penting;
- Ekosistem seimbang tentang pelestaraian alam sekitar khususnya berkaitan model ekonomi karbon neutral;
- Budaya ilmu tentang keperluan untuk kita mementingkan ilmu bukan hanya sijil dan gelaran akademik; dan
- Pengajian tinggi tentang iltizam untuk mengangkasa universiti menjadi pesaing global.
Buku ini menekankan budaya ilmu yang merupakan ramuan asas bagi pembangunan insan serta budaya inovasi iaitu output berkualiti yang terhasil daripada aktiviti R&D berinovatif dan kreatif. Oleh itu, warga Malaysia perlu berani mencuba dan berubah untuk kebaikan, berani mencari kaedah baru yang inovatif dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diceburi. |
| |
|
 |
TITLE: Pembangunan Modal Insan
AUTHOR: Yahaya Ibrahim dan Abd. Hair Awang
ISBN: 978-967-942-840-7
PUB. & YEAR: UKM/2010 |
|
SYNOPSIS
Penulisan yang terdapat di dalam buku ini merangkumi aspek yang berkaitandengan isu pembangunan modal insan. Modal insan yang berkualiti akan memberikan nilai tambah yang diperlukan oleh sesebuah negara yang sedang membangun bagi mempertingkatkan produktiviti yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara, usaha ke arah menjadi pemangkin kepada proses peningkatan kemajuan dan juga kesejahteraan masyarakat.
Buku yang disusun dalam 14 bab ini menghimpunkan tulisan para cendekiawan akademik memuatkan pelbagai isu, cabaran, perancangan, kepentingan serta keberkesanan yang sering dikaitkan dengan pembangunan modal insan. Justeru, kupasan di dalam buku ini amat berguna kepada masyarakat umum yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang pembangunan modal insan. |
| |
|
 |
TITLE: 9 Naga Pemasaran
AUTHOR: Nassrul Hakim Md. Jani
ISBN: 978-967-5226-54-0
PUB. & YEAR: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd./2009 |
|
SYNOPSIS
Pemasaran seperti tulang belakang dalam sesebuah perniagaan. Teorinya mudah, iaitu hanya membuatkan pembeli tidak memilih produk pesaing. Buku ini disusun penuh rapi supaya ilmu yang dikongsi tidak sekompleks yang diajar di universiti. 9 naga merujuk kepada sembilan elemen terpenting dalam pemasaran. Menjadi simbol kekuatan dan kegagahan bagi sembilan elemen yang taktikal, penuh kerahsiaan dan berjaya, antaranya:
- Fahami kehendak pengguna
- Awasi faktor persekitaran
- Sesuaikan kombinasi pasaran
- Tidak salah tafsir kualiti
- Amalan efisien dan efektif
- Pelbagaikan teknik berlainan
- Kenali pesaing
- Membuat kejutan
- Khidmat pelanggan terbaik
|
| |
|
 |
TITLE: Evolusi parlimen dan evolusi speaker Parlimen Malaysia
AUTHOR: Wan Junaidi Tuanku Jaafar
ISBN: 978-983-46-0641-1
PUB. & YEAR: Dewan Bahasa dan Pustaka/2010 |
|
SYNOPSIS
Lakaran sejarah dalam buku ini mengisahkan pertukaran Majlis Persekutuan kepada Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1948, dan juga persidangan yang diadakan di pejabat Jabatan Kerja Raya dan Bangunan Tunku Abdul Rahman sehingga ke bangunan Parlimen yang ada sekarang. Dipaparkan juga sejarah perancangan pembinaan bangunan Parlimen, konsep dan falsafah di sebalik rekaannya. Persoalan mengapa perasmian Bangunan Parlimen yang dirancang untuk dilaksanakan pada 31 Ogos 1963 telah ditunda ke tarikh 2 November 1963 juga turut terjawab dalam buku ini. |
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PINJAMAN BUKU-BUKU INI, SILA KLIK BUTTON OPAC, ATAU HUBUNGI 03-87352502 /SAMBUNGAN 347 – KAUNTER PERPUSTAKAAN DAN ARKIB, INFRA.