 Keterangan Logo INFRA Logo INFRA menggandingkan warna biru kehijau-hijauan, warna korporat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan merah pinang warna pilihan INFRA dengan warna kelabu membayangi latar huruf INFRA. Jalur-jalur di bahagian atas dan bawah memberi maksud bentuk pergerakan serta melambangkan skop dan kandungan kursus bagi kumpulan sasar yang merangkumi seluruh negara. Ianya selaras dengan gagasan Tranformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar. Jalur berbentuk bujur melambangkan matlamat INFRA untuk membentuk dan membangunkan kumpulan tenaga penggerak yang mampu menguruskan program pembangunan dan berkeupayaan mengubah sikap kumpulan sasar ke arah pembangunan hidup sejahtera. Warna merah pinang mewakili jatidiri INFRA sebagai sebuah institusi latihan utama pengurusan pembangunan desa yang benar-benar iltizam untuk merubah paradigma pengurusan desa. Warna biru kehijau-hijauan melambangkan hasrat bahawa institusi latihan desa, INFRA berazam memperkukuhkan institusi keluarga sejahtera dan membangunkan masyarakat yang berjatidiri yang mampu melahirkan manusia cemerlang. Warna kelabu membayangkan pengawasan INFRA oleh sebuah Majlis Penasihat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta melambangkan rangka kerjasama INFRA dengan pakar dan institusi tempatan serta antarabangsa. |