Bahasa Melayu | English | Others
Tema Biru Tema Hitam Tema Coklat Tema Asal A+  A-  Reset  Red  Blue  Green  Voice
Header
 

Pelan Strategik INFRA

Pelan Strategik INFRA

Pelan Strategik INFRA 2010-2015 mengambil kira Misi Nasional Negara, Wawasan 2020 dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Memandangkan. perancangan dan pelaksanaan Pelan Strategik INFRA ini akan bermula mulai tahun 2010, maka INFRA akan memastikan pelaksanaan program-program selari dengan matlamat Misi Nasional.

Pelan Strategik INFRA 2010-2015 ini telah dirangka dan direncanakan bersesuaian dengan cabaran dan keperluan semasa berdasarkan senario perubahan persekitaran serta pelaksanaan program-program dan dasar kerajaan yang banyak menekankan tentang kepentingan pembangunan modal insan bagi memastikan Sembilan cabaran Wawasan 2020 yang hanya tinggal sepuluh tahun dapat direalisasikan oleh seluruh warga Malaysia khususnya masyarakat luar bandar yang menjadi kumpulan sasar INFRA sendiri.

Pelan ini mengenal pasti strategi-strategi dan pelan-pelan tindakan yang mencakupi seluruh aspek yang perlu dijangkaui oleh INFRA untuk memastikan setiap yang terlibat dalam pelaksanaan Pelan Strategik ini memperoleh manfaat bukan hanya dalam jangka masa setahun-dua, malahan outcome daripada pelaksanaan pelan ini dapat diukur dan dilihat menjelang tahun akhir pelaksanaan pelan ini.

Tumpuan diberikan kepada usaha penambahbaikan mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian agar program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat yang disasarkan. Pelan Strategik INFRA 2010-2015 menggariskan tumpuan, teras dan sasaran strategik ke arah mencapai objektif strategik untuk tempoh lima tahun. Mekanisma khas bagi memantau pelaksanaan pelan strategik ini akan dibentuk bagi memastikan pelan ini dapat dilaksanakan mengikut jadual.

Impak dari pelan strategik ini sudah tentu untuk melihat masyarakat desa berupaya merencana dan melaksanakan program pembangunan di kampung-kampung mereka sendiri hasil bimbingan dan latihan yang INFRA berikan. Maka, hasrat untuk melihat desa itu sebagai satu entiti yang maju, menarik dan menguntungkan dalam cara dan gaya tersendiri tanpa memingirkan budaya dan nilai-nilai etika tinggi masyarakat desa yang telah diamalkan zaman-berzaman.

 

Objektif Strategik

Empat Objektif Strategik telah digariskan bagi menjalankan peranan serta mendepani cabaran selaras dengan visi dan misi.

 

  • Mempertingkatkan Keupayaan dan Kapasiti institusi sebagai Peneraju Latihan dalam Bidang Pengurusan, keusahawanan dan kepimpinan desa bagi meningkatkan daya saing masyarakat luar bandar.
     
  • Memperkukuhkan Kajian dan Penyelidikan untuk memacu strategi kecemerlangan luar bandar.
     
  • Meningkatkan Peranan sebagai Pusat Ilmu Luar Bandar (One-Stop Centre).
     
  • Memantapkan kolaborasi strategik bagi mempertingkatkan kualiti dan profesionalisme institusi.