INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)

Soalan Lazim

Bagaimana cara untuk memohon jawatan kosong di INFRA?

INFRA tidak memproses sebarang permohonan pekerjaan. Sekiranya, berminat tuan puan boleh mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan mengisi borang SPA 8 yang boleh diperolehi secara online di alamat www.spa.gov.my

Bagaimanakah cara untuk organisasi saya memohon untuk menggunakan kemudahan peralatan di INFRA?

Permohonan untuk menggunakan kemudahan peralatan di INFRA boleh dikemukakan dengan menulis surat kepada Pengarah INFRA. Kadar sewa dan jenis jenis kemudahan boleh diperolehi menerusi laman web INFRA.

Bagaimana cara untuk memohon penggunaan kemudahan INFRA dan kadar sewa yang akan dikenakan?

Permohonan bolehlah melalui menulis surat kepada Pengarah INFRA atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan kadar sewa serta jenis kemudahan yang disediakan boleh dirujuk di portal www.infra.gov.my

Siapakah yang saya boleh hubungi bagi penyelaras latihan atau kursus?

Portal rasmi INFRA telah menyenaraikan penyelaras penyelaras latihan berkaitan yang boleh dihubungi oleh pihak tuan puan. Bagaimanapun, pihak tuan puan boleh menghubungi talian 03 8735 2400 untuk disambungkan kepada penyelaras latihan yang berkaitan.

Saya memohon pihak INFRA untuk membantu dalam mendapatkan maklumat mengenai Management of Homestay in Malaysia.

INFRA bersedia untuk membantu dari aspek latihan iaitu peringkat asas dan lanjutan Sijil Kemahiran Malaysia bidang Homestay Tahap 1 dan 2 . Aspek pengurusan dan pemantauan homestay bolehlah dirujuk kepada Kementerian Pelancongan kerana industry ini diselia oleh kementerian berkenaan.

Bagaimana cara untuk mendaftar sebagai kontraktor di INFRA?

Untuk mendaftar sebagai kontraktor di INFRA, pihak syarikat boleh datang pada bila bila masa ke INFRA dengan mengisi borang pendaftaran syarikat dan menyertakan sekali salinan profail syarikat yang lengkap. Pendaftaran juga boleh dibuat melalui laman web INFRA dengan memuat turun borang dan seterusnya menghantarnya melalui kaedah email dan sila kepilkan sekali profail syarikat jika ada dalam bentuk softcopy.

Apakah kursus kursus yang disediakan untuk belia? Adakah terdapat sebarang pembayaran yuran?

Kursus kursus yang disediakan kepada belia adalah Kursus Kepimpinan Desa dan Kursus Kecemerlangan Belia.Walau bagaimanapun, kursus yang akan dijalankan sepanjang tahun adalah seperti yang disenaraikan di portal rasmi INFRA www.infra.gov.my juga terbuka untuk belia. Tiada sebarang pembayaran yuran dikenakan untuk kursus anjuran INFRA.