Sektor Latihan bertanggungjawab melaksanakan program-program latihan bagi mencapai visi, misi, dan objektif INFRA. Aktiviti utamanya ialah melaksanakan program-program latihan bagi memperkasakan pemimpin akar umbi, meningkatkan profesionalisme personel dan tenaga pengajar serta mewujudkan jalinan kerjasama dalam bidang latihan peringkat tempatan dan antarabangsa.
Sektor ini terbahagi kepada lima (5) bahagian di bawahnya iaitu:
Bahagian Pengurusan Desa dan Komuniti Fungsi
- Merancang, menyelaras dan melaksana program latihan (bengkel, kursus, seminar dan konvensyen) yang berkualiti bagi memenuhi keperluan masyarakat desa;
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus-kursus kepada pemimpin peringkat akar umbi dan pemimpin pelapis desa;
- Memupuk semangat kesukarelawan di kalangan pemimpin akar umbi supaya dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat desa;
- Mencungkil inovasi di peringkat desa agar lebih berdaya maju dan berdaya saing di peringkat lebih tinggi; dan
- Membudayakan penggunaan teknologi sebagai medium pemasaran produk-produk luar bandar.
Bahagian Pembangunan Kemahiran Fungsi
- Merancang, mengurus dan melaksanakan program pembangunan latihan dan menyediakan jurulatih, pegawai penilai, tenaga pengajar terlatih dari kalangan pegawai INFRA, jabatan dan agensi KKLW untuk mengendalikan latihan/kursus kepada kumpulan sasar; dan
- Merancang, mengurus dan melaksanakan kursus di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia serta kursus-kursus kemahiran dalam bidang teknologi maklumat, pengurusan institusi masjid, kepimpinan kepada belia dan pelancongan desa kepada golongan masyarakat termasuk pemimpin/pemimpin pelapis institusi desa, pengusaha industri pelancongan desa (homestay) dan belia.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Fungsi
Cawangan Penyelidikan
- Mengetuai pelaksanaan projek penyelidikan INFRA bagi mengkaji keberkesanan program INFRA dan bidang kajian lain yang diarahkan;
- Menilai impak pelaksanaan program berkaitan pembangunan latihan kepada masyarakat luar bandar;
- Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah
- Melaksanakan peranan focal point kajian KKLW dan agensi/jabatan di bawahnya;
- Menulis hasil penemuan penyelidikan untuk kegunaan jabatan dan tujuan perancangan;
- Membimbing dan menerajui projek penilaian outcome untuk program pembangunan INFRA;
- Menentukan objektif, skop, kaedah/metodologi kajian dan penilaian outcome serta membangunkan instrumen kajian dan lain-lain gerak kerja penyelidikan dan penilaian berkaitan;
- Memasukkan data kajian dan menganalisis data dengan perisian SPSS;
- Menyediakan laporan kajian dan membentangkan hasil kajian; dan
- Mengemaskini data penilaian outcome pembangunan di dalam SPPII.
Cawangan Perancangan
- Merancang pembangunan program INFRA mengikut keperluan jabatan;
- Menyedia dan menyelaras data pencapaian program INFRA;
- Menyelaras penyediaan permohonan bajet pembangunan;
- Membangunkan modul latihan dan penambahbaikan modul mengikut keperluan jabatan;
- Merancang dan melaksanakan aktiviti perkongsian ilmu dengan penglibatan ahli-ahli akademik, ilmuan dan tokoh kepimpinan;
- Kursus-Kursus Penyelidikan dan Perancangan
- Bengkel/Wacana
- Syarahan Perdana
- Artikel Penyelidikan
- Menyediakan laporan KPI program INFRA untuk Pelan Strategik KKLW;
- Menyediakan laporan program/kursus anjuran Cawangan Perancangan dan Ringkasan Hasil Penemuan Kajian; dan
- Menjalankan tugas urus setia aktiviti/mesyuarat perbincangan:
Bahagian Hubungan Antarabangsa Fungsi
- Mengendalikan program latihan dan lawatan peringkat antarabangsa dalam bidang pembasmian kemiskinan, pembangunan luar bandar dan tadbir urus luar bandar.
- Menjalin hubungan kerjasama antara penyedia latihan, badan serta organisasi pembangunan luar bandar di peringkat antarabangsa.
Program-program latihan dilaksanakan kepada pemimpin-pemimpin institusi komuniti desa yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Ketua Kampung, Pegawai Pengembangan Agensi, Pemimpin Badan Bukan Kerajaan dan Pegawai Teknikal Daerah. Matlamatnya ialah untuk melahirkan masyarakat desa yang cemerlang berteraskan elemen perancangan dengan penyertaan dari bawah ke atas yang menjadi tunjang kepada Gerakan Daya Wawasan (GDW).
Sektor Khidmat Pengurusan (SKP) merupakan bahagian yang bertanggungjawab memberi khidmat sokongan pengurusan dan operasi kepada keseluruhan INFRA. Bersesuaian dengan bidang tanggungjawabnya, peranan SKP juga amat penting dalam menentukan keberkesanan pelaksanaan fungsi utama institut latihan ini. Operasi SKP dilaksanakan melalui lapan (8) cawangan di bawahnya seperti berikut:
Cawangan Pengurusan Maklumat - Menyedia khidmat sokongan teknikal dan rundingan kepada semua perkakasan dan perisian sama ada untuk kegunaan latihan atau operasi pentadbiran;
- Merancang dan mengurus perkara berkaitan perolehan perkakasan dan perisian komputer;
- Merancang dan membangunkan sistem-sistem semasa;
- Menyelenggara operasi secara keseluruhan bagi perkakasan, perisian dan rangkaian;
- Merancang, melaksana dan memastikan langkah-langkah keselamatan kemudahan IT;
- Mengurus dan mengemaskini back-up data; dan
- Mengurus dan menyelenggara makmal computer.
Cawangan Perpustakaan dan Arkib - Membangunkan, mendokumentasi dan menyelenggara bahan-bahan Perpustakaan dan Arkib;
- Menyediakan sumber rujukan berkaitan latihan dan penyelidikan luar bandar;
- Menyediakan dan menyimpan koleksi bahan rujukan berkaitan pembangunan luar bandar dan pendidikan non-formal;
- Memberi perkhidmatan sirkulasi, rujukan dan kesedaran semasa; dan
- Mengendali kempen galakan membaca dan aktiviti pameran.;
Cawangan Pentadbiran Pentadbiran Am dan Rekod
- Pelaksanaan arahan-arahan, dasar, dan pekeliling Kerajaan yang berkuat kuasa dan memantau pematuhan pelaksanaan;
- Pengurusan kemudahan, logistik dan kenderaan jabatan;
- Pengurusan dokumen dan rekod; dan
- Pengurusan keselamatan (fizikal dan dokumen) jabatan.
Domestik dan Asrama
- Tempahan kemudahan (dewan, asrama, kemudahan latihan dan sukan); dan
- Menguruskan keperluan logistik dan domestik asrama termasuk kebersihan dan sajian makanan.
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia - Merancang keperluan umum sumber manusia dalam aspek perjawatan, urusan perkhidmatan, penempatan dan pertukaran pegawai, pembangunan kerjaya, pembangunan organisasi dan peperiksaan;
- Merancang dan melaksanan program pembangunan personel seperti latihan/kursus pra perkhidmatan, latihan dalam perkhidmatan, seminar/persidangan, lawatan sambil belajar, kenaikan pangkat, dan peperiksaan jabatan;
- Menyelaras urusan pengesahan jawatan, kemasukan dalam jawatan berpencen, persaraan, memangku, tanggung kerja, mengurus cuti bergaji penuh/separuh gaji, cuti tanpa gaji serta urusan pra dan pasca persaraan;
- Menyimpan dan mengemaskini rekod sumber manusia;
- Mengurus selia hal-hal berkaitan peperiksaan;
- Menyelia urusan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT);
- Menguruskan kes-kes disiplin dan tatatertib;
- Memastikan pengisytiharan harta dilaksanakan mengikut dasar yang berkuat kuasa; dan
- Menyelaras dan memastikan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja dikemaskini.
Cawangan Kewangan, Belanjawan dan Akaun Kewangan
- Urusan pembayaran tuntutan bil pembangunan dan mengurus;
- Urusan tuntutan elaun perjalanan;
- Urusan tempahan perjalanan udara rasmi personel;
- Pemantauan ke atas penyaluran peruntukan (Waran);
- Penyata penyesuaian kewangan;
- Pengurusan pembayaran elaun peserta kursus; dan
- Penyelarasan laporan/teguran audit.
Belanjawan
- Mengendali urusan penyelarasan dan penyemakan permohonan Belanjawan Pembangunan, Mengurus, Sekalian (One-Off) dan Dasar Baru;
- Menyelaras urusan peruntukan tambahan belanja Mengurus dan Pembangunan;
- Urusan elaun tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa; dan
- Menyelaras pengemaskinian maklumat Sistem Pemantauan Projek (SPP II).
Akaun
- Menyemak laporan perbelanjaan bulanan dan suku tahun bagi peruntukan belanja Mengurus dan Pembangunan;
- Pengurusan buku vot belanja Mengurus dan Pembangunan;
- Pengawalan Akaun Amanah dan Hasil; dan
- Penyediaan laporan mingguan bagi perbelanjaan peruntukan belanja Mengurus dan Pembangunan.
Cawangan Pengurusan Perolehan - Mengurus dan melaksanakan tugas hakiki perolehan dalam bidang perkhidmatan, bekalan dan kerja-kerja menggunakan kaedah sebut harga, pembelian terus dan pengurusan kontrak;
- Mengurus dan memantau pelaksanaan perolehan secara atas talian iaitu ePerolehan dan eBidding;
- Mengurus, menyelaras dan mengemaskini laporan melalui Government Procurement Information System (GPIS);
- Menyelaras dan menyediakan laporan perolehan jabatan; dan
- Urus Setia Jawatankuasa Sebut Harga INFRA.
Cawangan Pembangunan - Mengurus dan menyelaras pelaksanaan projek fizikal INFRA;
- Melaksana urusan penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan dan fasiliti INFRA;
- Merancang, menyedia dan mengurus ruang pejabat bagi kampus induk dan cawangan;
- Menyedia kemudahan-kemudahan INFRA kepada agensi kerajaan, badan-badan berkanun; dan
- Menyedia dan menyewakan kemudahan-kemudahan INFRA kepada Agensi swasta.
Cawangan Pengurusan Aset - Melaksanakan Pengurusan Aset Alih Kerajaan selaras dengan peraturan yang ditetapkan dalam 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) – Pengurusan Aset (KP);
- Menyediakan laporan pengurusan aset INFRA bagi tujuan pembentangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Kementerian;
INFRA Sarawak telah diwujudkan bagi menyediakan latihan yang menyeluruh kepada kumpulan sasar INFRA di negeri Sarawak. Cawangan ini mula beroperasi di Wisma Hong, Kuching pada 1 Februari 2008. Objektif penubuhan INFRA Cawangan Sarawak adalah untuk memperkasakan sumber daya manusia luar bandar di Sarawak bagi melahirkan masyarakat desa yang cemerlang berteraskan elemen participatory planning dan bottom-up approach yang menjadi tunjang kepada Gerakan Daya Wawasan.
Fungsi
- Melaksanakan program latihan dan memastikan program latihan tersebut menepati keperluan kumpulan sasar;
- Menganalisa keperluan latihan dan menyediakan perancangan dan penilaian program;
- Bertindak sebagai penyelaras kepada program penyelidikan luar bandar dan menjadi penghubung antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan INFRA dengan pihak kerajaan dan masyarakat di Sarawak; dan
- Menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri, Jabatan dan agensi Kerajaan lain serta Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dalam melaksanakan program latihan dan penyelidikan INFRA.
INFRA Sabah berperanan secara berkesan dalam usaha memperkasa sumber daya manusia luar bandar di Sabah bagi melahirkan masyarakat desa yang cemerlang berteraskan elemen participatory planning dan bottom-up approach yang menjadi tunjang kepada Gerakan Daya Wawasan.
Fungsi
- Membuat program latihan, menerusi pelaksanaan kursus, bengkel dan seminar berdasarkan modul latihan terkini;
- Menyediakan peluang latihan yang terancang kepada agen pembangunan negara yang terdiri daripada pemimpin komuniti desa, pemimpin belia/beliawanis, pegawai pengembangan, pengusaha homestay dan Pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs); dan
- Melaksanakan program latihan berteraskan kepada dasar-dasar semasa kerajaan bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada kumpulan sasar INFRA.
Unit Komunikasi Korporat menyokong operasi Institut Kemajuan Desa (INFRA) dengan menguruskan hal-ehwal awam, publisiti program-program INFRA, dokumentasi dan menyampaikan mesej institut dan kementerian kepada kumpulan sasar melalui aktiviti perhubungan awam dan penerbitan.
Unit ini terbahagi kepada dua seksyen iaitu:
- Seksyen Perhubungan Awam; dan
- Seksyen Penerbitan.
Seksyen Perhubungan Awam - Mengendali liputan media, sidang akhbar dan publisiti;
- Meningkatkan hubungan baik dengan media massa dan agensi yang berkaitan;
- Mempromosi core business dan peranan INFRA serta mengekalkan imej positif INFRA melalui perhubungan awam yang profesional;
- Menyelaras program lawatan dari dalam dan luar negara ke INFRA;
- Mengendali maklumat, pertanyaan dan aduan awam;
- Membantu Unit Penerbitan merancang dan menerbitkan bahan- bahan penerbitan;
- Membantu pengendalian acara-acara rasmi (event management) dan menyelaras aktiviti pameran;
- Menyelaras isi kandungan laman web; dan
- Dokumentasi ucapan rasmi INFRA dan liputan media mengenai INFRA dan agensi di bawah KKLW.
Seksyen Penerbitan - Menyediakan khidmat percetakan dan penjilidan;
- Menyebar dan mengedar bahan-bahan bercetak kepada kumpulan sasar;
- Menyelaras urusan penerbitan bahan-bahan bercetak bagi unit dan bahagian lain;
- Menyelaras aktiviti penyuntingan bagi penerbitan bahan-bahan bercetak;
- Merakam aktiviti INFRA dan KKLW sama ada dalam bentuk audio visual dan foto; dan
- Mengumpul dan mengemaskini bahan pra-penerbitan serta sokongan untuk diterbitkan dan dicetak.