INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)

Utama / Orang Awam / Perkhidmatan / Latihan
Rural Management Branch
  •   Bengkel Pelan Strategik Desa
  •   Kursus Pembangunan Koperasi Desa
  •   Kursus Pengurusan Desa
  •   Kursus Sukarelawan
  •   Kursus Inovasi Produk Desa
  •   Kursus Bussiness On Line
  •   Kursus Induksi JKKK/P
  •   Kursus Perancangan & Pengurusan Bencana Berasaskan Komuniti
  •   Anugerah Ilham Desa Kebangsaan
Skills Development Branch International Training Branch Sarawak Branch Sabah Branch
Sedang di kemaskini..
Cawangan Pengurusan Desa Dan Keusahawanan Cawangan Pembangunan Kemahiran Cawangan Latihan Antarabangsa INFRA Sabah
Utama / Orang Awam / Perkhidmatan / Kajian dan Penyelidikan
Cawangan Pengurusan Desa Dan Keusahawanan Cawangan Pembangunan Kemahiran Cawangan Latihan Antarabangsa INFRA Sarawak INFRA Sabah

  •   Bengkel Asas Penggunaan dan Penganalisaan Data dengan Perisian SPSS (Statistical Package For Social Science). (14- 15 Mac 2012).
  •   Bengkel Asas Penggunaan dan Penganalisaan Data dengan Perisian SPSS (Statistical Package For Social Science). (18-19 September 2012).
  •   Bengkel Enumerator. (28 September 2012).
  •   Program Syarahan Perdana.



Utama / Orang Awam / Perkhidmatan/ Sijil Kemahiran Malaysia

Program Pengalaman Homestay Malaysia

Pelancongan inap desa adalah salah satu aktiviti di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1995 di Temerloh, Pahang.


Homestay perlulah berada di kawasan luar bandar yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil secara berkelompok, sejajar dan berselerak seperti kampung tradisional, kampung FELDA, kampung FELCRA, kampung orang asli, penempatan ladang dan kampung-kampung baru di bawah kepimpinan pengurusan masing-masing serta digalakkan juga mempunyai asas ekonomi desa berasaskan kepada aktiviti pertanian, industri desa dan produk semulajadi. Antara syarat pendaftaran homestay yang hendak didaftarkan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), perlulah melalui pemeriksaan rumah oleh Panel Pemeriksa (Jabatan Kesihatan, Tourism Malaysia (Pelancongan Negeri), Jawatankuasa keselamatan dan MPKK serta Persatuan Homestay Negeri) serta wajib menghadiri Kursus Asas Homestay anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau MOTAC Negeri.


Program homestay mempunyai aktiviti sosial budaya desa termasuk organisasi/jawatankuasa desa, institusi kekeluargaan, aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan kerana homestay merupakan satu bentuk pengalaman yang menetapkan pelancong tinggal bersama keluarga pengusaha homestay. Para pelancong berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka. Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah kepada lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman.


Sehubungan dengan itu, INFRA juga menawarkan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Homestay sejak tahun 2010 bagi Program SKM Operasi Homestay Tahap 2 dan SKM Penyeliaan Dan Koordinasi Homestay Tahap 3 bagi penambahan ilmu dan pengetahuan dalam pengurusan serta mempromosikan homestay sedia ada. Kursus ini ditawarkan kepada pengusaha dan penyelaras homestay serta individu-individu yang berminat.



Objektif


  • Memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan sektor pelancongan desa bagi  menjadikan kawasan luar bandar sebagai destinasi pelancongan yang menarik. 
  • Memberi pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan dalam bidang pelancongan desa sebagai aktiviti yang boleh memberi penambahan sumber  pendapatan
  • Memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran bagi menggalakkan pengindahan  alam sekitar serta mengekalkan budaya masyarakat desa. 

 

Kumpulan Sasar
  • Bakal Pengusaha Homestay


Syarat Permohonan

  • Calon perlu melalui Pejabat Pelancongan dan merupakan bakal pengusaha yang  berminat untuk mendaftarkan homestay di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). 

 
Tempoh 
  • 4 hari 3 malam

LOKASI

  • INFRA dan homestay terpilih

       OBJEKTIF

  • Mewujudkan usahawan homestay yang berdikari dan mampu bergiat aktif dalam 

           membangunkan luar bandar. 

  • Meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan perusahaan homestay yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

       

       KUMPULAN SASAR

  • Pengusaha dan pelapis homestay

           

       SYARAT PERMOHONAN

  • Perlu melalui Penyelaras homestay dimana  calon merupakan peserta dari pengusaha  homestay atau waris yang mengusahakan homestay berdaftar di bawah Kementerian     Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) 
  • Berumur di antara 18 hingga 55 tahun
  • Boleh membaca, menulis, mengiraserta sihat tubuh badan 

       TEMPOH

  • 6 bulan/600 mata jam kredit

       LOKASI

  • INFRA dan homestay terpilih

     

       KEMUDAHAN

  • Pelatih akan menerima elaun bulanan (jika hadir penuh sesi kuliah)
  • Tiada sebarang yuran pengajian yang dikenakan kepada pelatih SKM sepanjang tempoh pengajian
  • Penginapan, makan minum, latihan amali dan makmal komputer ditanggung sepenuhnya oleh pihak INFRA
Objektif
  •   Meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan penyelaras Homestay.
  •   Melengkapkan kemahiran dalam membuat promosi dan pemasaran Homestay.
  •   Mengukuhkan kemahiran dalam rangkaian perniagaan.

 

Kumpulan Sasar
  •  Penyelaras, pengusaha Homestay atau waris yang telah tamat dan memiliki sijil bagi Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM): Operasi Homestay Tahap 2.
  •  Bakal pengusaha Homestay yang berminat dan telah tamat dan memiliki sijil bagi Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM): Operasi Homestay Tahap 2.

 

Syarat Kemasukan Pelatih :
  •  Berumur di antara 18 hingga 55 tahun.
  •   Boleh membaca, menulis dan mengira serta sihat tubuh badan.(Pembayaran Medical Checkup ditanggung sendiri oleh bakal pelatih SKM Homestay yang memohon)

 

Tempoh Lokasi
  
  • 6 bulan/600 mata jam kredit
  • INFRA dan homestay terpilih
Kemudahan :
  •  Pelatih akan menerima elaun bulanan (jika hadir penuh sesi kuliah).
  •  Tiada sebarang yuran pengajian yang dikenakan kepada pelatih SKM sepanjang tempoh pengajian.
  •  Penginapan, makan minum, latihan amali dan makmal komputer ditanggung sepenuhnya oleh pihak INFRA.
Utama / Orang Awam / Perkhidmatan/ Aplikasi
iDesa
E-learning